Barbarik bawa hentakan rock tanpa perlu dibanding
2026-02-05
Dentuman gitar, gegaran dram dan jeritan vokal menjadi isyarat jelas bahawa Barbarik tidak lagi wajar dibaca sebagai band pelapis. Hentakan rock mereka kini berdiri di gelanggang sama dengan aksi rockers luar negara, tanpa perlu sandaran perbandingan atau alasan tambahan.

Setiap persembahan Barbarik dibina atas disiplin susunan muzik yang ketat dan kawalan sound yang rapi, menjadikan setiap riff, hentakan snare dan line bass terasa padu serta tepat ke halwa telinga Mat mahupun Minah Rock. Mereka menolak anggapan bahawa rock tempatan perlu tunduk pada standard luar, sebaliknya memusingkan tombol kuasa di pentas sehingga ruang gig berubah menjadi ruang gema untuk suara sendiri.
Kekuatan Barbarik bukan sekadar pada kelajuan atau volume, tetapi pada cara mereka mengunci chemistry sebagai satu pasukan, seolah-olah setiap ahli membaca degupan nadi satu sama lain. Di studio mahu pun di pentas, identiti rock mereka membentukkan jenama yang sukar ditiru, memaksa khalayak menerima hakikat bahawa ini antara pasukan terbaik yang sedang memberi momentum baharu kepada muzik rock, cukup bertenaga untuk terus bergema lama dalam ingatan pendengar.
Loading...