Arsenal kaut RM461 juta dari kempen kebal UCL
2026-01-30
Kempen Liga Juara-Juara tanpa kekalahan meletakkan Arsenal dalam kedudukan kewangan kukuh dengan anggaran pungutan sekitar RM461 juta hasil bonus prestasi dan agihan rasmi pertandingan elit Eropah itu.

Jumlah itu datang daripada bonus kemenangan perlawanan, bayaran kerana mara ke peringkat lebih tinggi, serta hak siaran yang diagih berdasarkan pekali kelab dan nilai pasaran. Setiap kemenangan menambah pendapatan dalam struktur bayaran berlapis, menjadikan rekod sempurna Arsenal sangat bernilai kepada pengurusan kewangan kelab.
Selain mengukuhkan bajet gaji dan operasi harian, durian runtuh Liga Juara-Juara juga memberi ruang lebih besar kepada Arsenal dalam perancangan perpindahan pemain. Kedudukan kewangan yang sihat meningkatkan keupayaan kelab mengekalkan tonggak utama sambil menarik bakat baharu, sekali gus menambah daya saing dalam pentas domestik dan Eropah.
Loading...